Filled Under:

Anak Pos Kan Surat Tanpa Alamat Untuk Arwah Ibu..



Anak Pos Kan Surat Tanpa Alamat Untuk Arwah Ibu..
Pagi itu anak aku masih tidur, karana tidak mahu gagal menjadi seorang ayah, aku memasak nasi goreng untuk sarapan kami. Sebelum berangkat pergi kerja aku memberi tahu kepada anak aku yang masih mengantuk bahawa sarapan sudah siap.
Berperanan sebagai ibu dan bapa membuatkan aku rasa letih, selepas balik kerja saya baringkan badan sekejab, tiba-tiba sebuah mangkuk pecah dengan mee Instan dibawah tempat aku baring.
Aku begitu marah dan mengambil rotan terus memukul anak aku yang sedang asik bermain tanpa belas kasihan.
Selepas selesai anak aku masuk dalam bilik, aku menyesal, pipiku mulai dibasihi air mata dan aku menangis di dalam bilik air.
Selepas menunaikan sholat isyak secara diam-diam aku mengintai ke bilik anak aku, dia menangis bukan sebab kesakitan di punggungnya, tapi karana dia melihat gambar arwah ibu yang dikasihinya, kemudian aku menyapukan ubat di punggungnya yang sakit lalu memeluk dan membujuknya untuk tidur.
Setahun berlalu selepas kejadian itu aku berjanji tidak akan mengulanginya lagi, tapi ketika dia mulai masuk sekolah tadika, satu perkara buruk kembali berulang, ketika aku di office cikgunya menghubungi aku melalui panggilan telepon dan mengatakan bahawa anak saya sudah beberapa hari tidak masuk sekolah, pada hal aku menghantarnya setiap pagi.
Pekara itu membuat aku berang, aku balik awal berharap dapat penjelasan dari anak aku, tapi ketika aku sampai dia tak ada dirumah, puas aku cari rupa0rupanya dia main game di kedai komputer dengan gembira.
Perasaan yang tidak terkawal membuat aku memukulnya dengan teruk, dia hanya diam dan mengatakan “saya minta maaf ayah.
Beberapa hari setelah menghukunya dengan rotan, anak aku pulang ke rumah memberitahuku, bahawa di sekolahnya mula diajar cara membaca dan menulis. Sejak saat itu, anak aku lebih banyak mengurung diri di bilik untuk berlatih menulis, aku yakin , jika istri masih ada dan melihatnya dia akan merasa bangga, tentu saja dia membuat saya bangga juga!
Hanya selang beberapa hari aku mendapat panggilan dari pejabat pos, bahawa anak aku mengirim surat tanpa alamat.
Selepas saya mengambilnya saya cuba mendapat penjelasan dari anak saya, ketika itu saya menangis apabila dia mengatakan surat itu untuk arwah ibunya kemudian dia masuk kedalam bilik dan mengatakan maafkan saya ayah.
Aku hanya menghembus nafas panjang, mata aku tertarik melihat satu sampul surat dengan tulisan “untuk ibu tersayang”
Aku membuka dan membacanya dengan berlahan-lahan.

“Ibu Hari ini aku kena marah dengan ayah karana meletakkan mee Instan di bawah selimutnya, ketika itu aku sangat lapar jadi aku ingin memasak nasi, tapi aku ingat pesan ayah, aku dilarang menggunakan barang-barang berbahaya di rumah, oleh sebab itu aku menyiram mee dengan air panas satu untuk aku dan satu untuk ayah, ayah punya aku letak dibawah selimutnya takut mee sejuk. Tapi ayah memarahiku karana aku lupa mengatakan meletakkan mee untuk ayah di bawah selimut.
Ibu” aku sudah masuk sekolah, aku sangat menrindukanmu, hari ini kami membuat pertunjukan bakat dan cikgu mengundang ibu murid hadir dalam pertunjukan itu,tapi kamu tidak ada.
Aku tidak ingin menghadirinya ,aku tidak memberitahu ayah tentang hal ini karana aku takut ayah akan mulai menangis dan merindukanmu lagi.
Untuk menyembunyikan kesedihan, aku pergi main game dikedai komputer, ayah kemudian memarahi serta memukulku.
Ibu setiap hari aku melihat ayah sangat merindukan ibu, setiap kali dia teringat pada ibu dia begitu sedih, saya ingat kami berdua sangat merindukan ibu, tapi ibu aku mulai lupa wajah ibu, bolehkah ibu muncul dalam mimpiku malam ini?”


Sepanjang membaca surat itu, air mata aku tak boleh berhenti, aku kemudian pergi ke bilik anak aku, jelas tangisnya terdengar dari luar, aku mendekatinya meminta maaf serta memeluknya dengan penuh kasih sayang.
Nota: untuk para suami jangan terlalu cepat marah kepada anak-anak anda dan hargailah isteri anda selagi masih ada, cinta dan kasih sayang yang mereka berikan tidak ada emas permata, intan berlian yang boleh menggantikannya.

sumber: wartawanjalanan