Filled Under:

Kakak Baru Umur 2 Tahun, Bawa Adik-Adik Lari Dari Rumah..


Imej dari shanghaiist.com

Kakak Baru Umur 2 Tahun, Bawa Adik-Adik Lari Dari Rumah..
Baru-baru ni kecoh di media sosial apabila tiga adik beradik tanpa pakaian ditemui merayau-rayau di tepi jalan.
Menurut portal Shanghaiist, kanak-kanak ini tinggal si sebuah pangsapuri Bandar Jiande, China.
Difahamkan, tiga beradik ini keluar ketika ibu mereka sedang nyenyak tidur dan mula menyedari kehilangan mereka selepas terjaga dari tidur jam 8 pagi.




Apa yang menarik perhatian, kakak kepada dua kembar itu yang berusaha meloloskan diri dari rumah dengan membawa bersama adik kembarnya. Menurut seorang penjaga kedai, mereka kelihatan seperti penguin yang comel ketika merayau-rayau di tepi jalan dengan hanya memakai lampin sahaja.
Kejadian ini menarik perhatian penduduk setempat dan ada di antara mereka sanggup ingin memelihara 3 beradik ini sebagai anak angkat.
Bagaimanapun, tiga beradik ini telah selamat diserahkan kepada ibu kandung mereka.



Sumber: shanghaiist.com