Filled Under:

Penyelam Profesional Underwater World Meninggal Dunia Akibat Dilibas Oleh Ikan Pari !!



Penyelam Profesional Underwater World Meninggal Dunia Akibat Dilibas Oleh Ikan Pari !!
Seorang penyelam profesional meninggal dunia selepas dilibas oleh ikan pari di dadanya dalam sebuah akuarium laut di Singapura.
Philip Chan, 62, telah mengetuai pasukan penyelam bagi pemindahan spesis-spesis laut daripada pusat tarikan Underwater World semalam, dibawa ke hospital untuk menerima rawatan akibat kecederaan yang dialaminya tetapi disahkan meninggal dunia.
Polis berkata, siasatan ke atas kematian Chan sedang dilakukan.
Dalam pada itu, jurucakap polis berkata, kejadian itu adalah yang pertama seumpamanya berlaku di Singapura.
Haw Par Corporation pemilik pusat tarikan pelancongan itu menyifatkan insiden tersebut sebagai kemalangan tragis.
“Chan adalah seorang penyelam veteran, juga salah seorang daripada 10 kakitangan bertugas menjaga spesis-spesis di situ sejak Underwater World dibuka,” kata jurucakap itu sambil menambah program pemindahan haiwan telahdigantung.Suara.TV

sumber : wartawanjalanan