Filled Under:

Tiga Orang Wanita Menculik Dan Mer0g0l Seorang Lelaki Bergilir-Gilir !!!! Semuanya Gara-Gara......!!



Tiga Orang Wanita Menculik Dan Mer0g0l Seorang Lelaki Bergilir-Gilir !!!! Semuanya Gara-Gara......!!
Seorang lelaki di sini ditimpa malang apabila dipaksa melakukan hubungan seks dengan tiga wanita semata-mata kerana mereka mahu mendapatkan spermanya.
Pihak polis berkata, ketiga-tiga wanita yang dikatakan sebagai ‘pengumpul sperma’ itu kini giat melakukan perbuatan berkenaan di sekitar bandar Bulawayo, Zimbabwe.
Menurut laporan, mereka telah menculik sebelum merogol seorang lelaki ketika mangsa menunggu di tepi sebuah lebuh raya di Avenue 6, di bandar ini.
“Mangsa yang mahu ke Taman Cowdray sebelum itu mahu menumpang kereta mereka, namun malangnya dia dibawa ke tempat lain,” kata jurucakap Jabatan Polis Bulawayo, Precious Simango.
Menurutnya, mereka membawa mangsa ke sebuah kawasan terpencil sebelum bertindak merogolnya secara bergilir-gilir.
“Salah seorang wanita itu menggunakan kondom, manakala yang lain melakukan perbuatan itu tanpa sebarang perlindungan. Mereka kemudian meninggalkan mangsa di sebatang jalan raya,” katanya.
Kes melibatkan golongan wanita merogol lelaki untuk mendapatkan sperma di negara berkenaan bukan perkara baharu kerana berlaku sejak tahun 2011.
Pihak berkuasa percaya sperma itu akan digunakan dalam amalan sihir yang dikenali sebagai ‘juju’ atau upacara membawa tuah. Juju dipercayai boleh mendatangkan kekayaan, melariskan perniagaan dan mengelak penjenayah daripada dikesan.
– Agensi/kosmo