Filled Under:

Viral..!! Penjual Nasi Lemak Anak Dara Dikaitkan Pula Dengan Gambar Separuh Bogel??!!



Viral..!! Penjual Nasi Lemak Anak Dara Dikaitkan Pula Dengan Gambar Separuh Bogel??!!
Siapa sangka disebalik senyuman penjual Nasi Lemak Anak Dara yang viral baru-baru ini, teruji kesabarannya apabila menerima mesej Whatsapp yang mengandungi imej yang dikatakan gambar separuh bogelnya.
Merasakan terkejut dengan mesej tersebut, Siti Hajjar Ahmad menafikan sekerasnya bahawa imej yang dihantar kepadanya itu gambar miliknya dan menyifatkan ini satu usaha untuk memfitnahnya.
Siti Hajjar menegaskan bahawa kedua ibu bapanya telah mendidiknya dengan sebaiknya dan tidak membenarkan dia berpakaian sebegitu walaupun di dalam rumah bahkan dia tidak pernah mengambil gambar dalam aksi sebegitu.
“Saya minta tolong sangat, janganlah sebar benda yang salah. Hendak jatuhkan seseorang itu senang kalau guna dengan cara teknik kotor,” katanya menerusi posting di Facebooknya.
Siti Hajjar turut menyatakan kekesalannya dengan sikap segelintir masyarakat yang berusaha menjatuhkan perniagaan seseorang apabila perniagaan itu nampak maju.
Graduan kejuruteraan elektronik perubatan itu, sebelum ini telah disaman sebanyak RM300 oleh Majlis Bandaraya Shah Alam atas kesalahan tidak mempunyai lesen perniagaan.
Menurut Siti Hajjar lagi, dia tidak pasti siapa yang menghantar mesej Whatsapp tersebut dan mengatakan pengirim tersebut mahu berkenalan dengannya dan bertanyakan kepastian berkenaan gambar tersebut.-
ROTIKAYA

>>